Saturday, July 21, 2012

Akibat kuat tidor di pejabat, 160 orang kg Nik Aziz masuk UMNO



KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka.

Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.

alt


Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini.

Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.

Baca di KLPos sini

10 comments:

  • Anonymous says:
    July 21, 2012 at 12:44:00 PM GMT+8

    Teruskan memerintah lagi pork nick. Lagi lama memerintah, lagi lama pork nick boleh tido dengan 'aman' dalam pejabat berhawa dingin. Pengundi tak perlukan pejabat, mereka perlukan kerja, pakaian, makan minum yang boleh menjamin masa depan mereka. Semakin lama kamu tido semakin banyak undi lari. Teruskan tido kamu tu....

  • Anonymous says:
    July 21, 2012 at 1:28:00 PM GMT+8

    Kesian dah terlalu tua..berehatlah di rumah tok guru..jgn terlalu fikir hal dunia memandangkan faktor usia kita tidaklah lg sesuai.jgn sampai org gelarkan mahafiraun..

  • Anonymous says:
    July 21, 2012 at 2:44:00 PM GMT+8

    Masaalah di Kelantan pun sudah kritikal. Terlalu banyak tandas korek atau pakai tangki septic. Tak di sedut atau kosongkan secara berkala. Pasaltu banyak ecoli dalam sumber air terutama dalam sungai & perigi.

    Negeri sebesar Kelantan cuma ada 11 buah logi kumbahan!!!!
    Negeri sekecil Perlis ada 30 biji.(Indah Water) Bayangkan tahap kotornya sumber air dalam tanah, kalau air yang tercemar tidak di bersih terlebih dahaulu sebelum di lepaskan ke bumi aatu sungai.

    RD

  • Anonymous says:
    July 21, 2012 at 3:00:00 PM GMT+8

    Da mmg mahafiraun..nak tunggu apa lg. Dulu ngata org, ni kena kat batang hidung dia sendiri..ha, lu fikirlah sendiri. Dah nyanyuk da org tua ni..kubur kata mari, rumah kata pegi..

  • ishak ibrahim says:
    July 21, 2012 at 3:26:00 PM GMT+8

    mereka tolak tawaran "surga" dari c tua.mungkin tawaran "surga" sudah tak laku. pengundi sekarang perlukan pekerjaan, makan minum sertan kebajikan terjaga

  • Anonymous says:
    July 21, 2012 at 4:07:00 PM GMT+8

    SLEEPING BEAUTY....TERINGAT LAGU WAKTU DI SEKOLAH RENDAH 'ROCKER BY BABY ON THE TREE TOP , WHEN THE WIND BLOWS THE CRADLE WILL ROCK...HA.HA.

    ADAKAH ASYIK TIDUR NI DEK TERLALU BANYAK CERAMAH POLITIK....MAKI MEMAKI...CELAKO ! CELAKO!.MACAM NI RAMAI ORANG NAK JADI MB NO WONDER....SLEEP..SLEEP TIDUR...TIDUR.NO WORK .AIR PUN MASIH BIG PROBLEM DOK TIDUR LEBIH.DULU DOK KATA TUN DAH TUA..DAH LAMA DAH.LOOK WHOSE TALKING EK...ALLAH BAYAR DENGAN CASH. NIK AZIZ PUN TAK MAU TURUN DARI JAWATAN MB.

  • Anonymous says:
    July 21, 2012 at 4:11:00 PM GMT+8

    Peruk kenya, gapo lagi. Tido le pok nik.

  • Tok Apa Nama says:
    July 21, 2012 at 4:36:00 PM GMT+8

    Kesian kat Tok Nik.. Sbg saudara seagama, dibulan yg mulia pula. Kita doakanlah yg baik2 utk semua saudara/i yg muslim. Tok Nik dah sepatutnya pun lama bersara, beri peluang kpd generasi tua yg lebih muda lagi dpd dia mengambilalih dan meneruskan perjuangan PAS yg mungkin boleh bersatu bersama UMNO. PKR yg mesti dikuburkan!

  • Anonymous says:
    July 22, 2012 at 9:00:00 AM GMT+8

    Mungkin pok nik nak bersara, tapi kroni kroninya tidak izinkan, kerana masih mahu menggunakan nya utk agenda tertentu..ksian dah tua tp dipergunakan..nik abduh tlgla nasihatkan bapak mu tu spya berehat kt umah okeh..ngan mu skali g jaga bapakmu..jgn sibuk nk jg putrajaya..bapak sndri pun takleh nak jaga.

  • Anonymous says:
    July 23, 2012 at 4:04:00 AM GMT+8

    Dia tido pasa dia dah lama resigned yaitu kira-kira sehari Selepas DRM resigned cuma dia tak kelik rumoh pasal Abduh dia tak berapa cekap lagi bab2 jual temberang nanti kalu doh Abduh panda baru dia kelik.

fda

Link2Me WeLinkBk (280)