Friday, June 22, 2012

Sheikh Azhar kata N.Ajis salah, Sheikh Wahabi dan Syiah kata apa?


.... Mantan Sheikh Al Azhar menyifatkan mereka yang berpendirian bahawa haji boleh ditangguhkan untuk tujuan berkaitan dengan pilihanraya adalah sesat.

Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan bertulis daripada seorang peserta seminar tersebut.

Menurut Sheikh Mahmoud, beberapa ribu orang rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara ini dan tidak patutlah ibadah yang tergolong dalam perkara fardhu itu ditangguhkan hanya untuk membolehkan mereka mengundi!!

Walaupun tidak dituju kepada sesiapa tapi rakyat negara ini keseluruhannya sudah tentu tahu bahawa satu-satunya pihak yang menganjurkan kepada jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji pada tahun ini ialah parti PAS sahaja.

Itu menjadikan pandangan dan pendapat mantan Sheikh Al-Azhar ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang setakat ini diketahui menyokong pandangan Ketua Penerangan parti tersebut Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Nik Amar dan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sambung 1Taiping Mali sini

4 comments:

  • Anonymous says:
    June 23, 2012 at 9:38:00 AM GMT+8

    SPR patut usahakan undi pos untuk mereka yang menunaikan haji jika sekiranya hari pengundian jatuh pada hari yang pada waktu itu ada rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji.

  • Anonymous says:
    June 23, 2012 at 10:56:00 AM GMT+8

    @9.38am
    laaaa......ni satu lagi.... tumpulah kepada ibadat tu...yang dok pikiak pasai pilihanraya duniawi tu apa ke jadahnya.
    Pilihannya mudah Allah atau pati?

  • sharifah says:
    June 23, 2012 at 12:28:00 PM GMT+8

    Ish, Ish, Ish! Kalau tengah haji tu, concentrate sajalah on the ibadah. Tak payah fikir pasal nak undi. Kalau masih teringatkan parti kat Malaysia, doalah banyak2 di Tanah Haram. Ibadah Haji kan sekali seumur hidup, optimise lah dan focus 10000%.

  • Anonymous says:
    June 23, 2012 at 3:29:00 PM GMT+8

    pi haji untuk beribadat..toksah pikir nak mengundi sape..lagipun bukan ke arab saudi menghalang mana2 aktiviti melibatkan politik..

fda

Link2Me WeLinkBk (280)