Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon hari ini mendedahkan campur tangan ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari DAP iaitu saudari Tiew Way Keng yang menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak kepada firma peguam untuk menguruskan kes melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kuasa beliau untuk memberikan kontrak ini kepada firma peguam yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dengan kos sebanyak RM 55,000 sedangkan kontrak awal telah pun diberikan kepada pihak guaman yang lain dengan kos hanya sebanyak RM15,000 sahaja.
“Selama ini, DAP cuba menonjolkan imej parti yang lebih bersih dan telus berbanding PKR dan PAS. Pemimpin-peimpin DAP sedaya upaya mengekang berita-berita buruk dan salah laku pemimpin mereka dari tersebar kepada rakyat.
Namun begitu, ini tidak bermakna DAP merupakan sebuah parti yang bersih. Hakikatnya, campur tangan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri terutamanya diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah begitu teruk dan memalukan sekali,” ujarnya kepada media dalam sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, sebentar tadi.
Tambahnya, menurut Penolong Pengarah Undang-Undang (Kanan) MBPJ, Ahli Majlis, Tiew Way Kheng telah mempengerusikan mesyuarat pada 16 Jun 2010 dan mencadangkan supaya Stella, Lim & Co diberikan kes membabitkan kutipan hutang MBPJ. Stella, Lim & Co menawarkan harga sebanyak RM 55,000 untuk tujuan tersebut.
Sebenarnya, kes kutipan hutang itu mulanya diserahkan kepada Firma Daim & Gamany dengan kos sebanyak RM 15,000. Tetapi keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tiew Way Kheng telah memutuskan untuk memberikan kepada Firma Stella, Lim & Co yang juga dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.
Sepenuhnya di Perak Today sini



Saya dah kata. Orang politik, tambah2 lagi zaman sekarang, kebanyakan hanya mementing KUASA kerana selepas dapat kuasa, boleh buat WANG.
PRU12, aku pangkah Pakatan Rakyat, ingatkan nak jatuhkan BN, kerana mereka kuat rasuah, penyelewengan wang, Cronism & Nepotism. (Menantu yang kyanyiaq, pun dia bawa masuk parti, dan sangat berpengaruh pula).
Selepas 4 tahun, rupanya mereka lebih teruk dari BN.
Celaka betul. Menyesal aku undi mereka dulu. PRU13 jangan harap.
RD