
Membaca laporan Roketkini berikut dan blog si Melayu penghisap "punai" tak sunat DAP sini, begitu keras sekali mereka menyambung serangan terhadap Utusan Malaysia yang telah kalah dalam saman malu Lim Guan Eng.
Guan Eng menang saman Utusan, terbukti tulisan adalah fitnahNampaknya tiada isu yang diungkit dari keputusan mahkamah melainkan menunjukkan keangkuhan dalam kemenangan dengan terus menyerang yang kalah.
Friday, 16 December 2011 10:30
KUALA LUMPUR, 15 DIS – Gara-gara memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia telah didapati bersalah di mahkamah dan diarahkan membayar pampasan.
Hakim G.V Varughese dalam keputusannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam telah menyatakan bahawa Utusan sengaja memfitnah Guan Eng dengan niat jahat.
Varughese juga menyatakan bahawa artikel Utusan bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu cuba menggambarkan Guan Eng dan DAP seolah-olah anti-Melayu dan anti-Islam, dan terbukti dakwaan Utusan itu palsu.
Varughese turut mengingatkan pihak media tentang sikap bertanggungjawab dalam profesion kewartawanan yang perlu mengutamakan profesionalisme melalui usaha mendapatkan fakta yang tepat dan sahih.
Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 sebagai kos mahkamah.
Dalam tulisan yang bersifat fitnah itu, Utusan telah membuat tohmahan kononnya Setiausaha Agung DAP itu adalah seorang pemimpin ‘rasis’ yang ‘anti-Melayu’ dan ‘anti-Islam’.
Tulisan yang menyebabkan Utusan disaman itu turut menuduh Guan Eng merobohkan gerai dan kampung Melayu serta membatalkan perarakan sambutan Maludur Rasul.
Guan Eng sewaktu ditemui pemberita di Pulau Pinang berkata, Utusan telah banyak kali membuat fitnah terhadap dirinya dan DAP termasuk melakukan pembohongan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang meroboh rumah orang Melayu di negeri itu.
“Jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian. Saya rasa mereka akan membanyar pampasan itu dan akan terus memfitnah saya dan DAP,” katanya. – Roketkini.com
Mereka setujulah keputusan mahkamah.
Menang atau kalah Utusan Malaysia, kita harus pertahankan Utusan Malaysia. Sebab apa?
Baca artikel berikut:
Kenapa pembangkang hendak ganyang Utusan Malaysia?
Oleh Azman Anuar
SEMUA warga Utusan Melayu (M) Berhad berasa terharu dengan sokongan daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Pemuda UMNO, Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah (Pekida), Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang berhimpun secara aman di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam. Perhimpunan itu diadakan tanda sokongan kepada Utusan Melayu ekoran demonstrasi yang diuar-uarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat akhbar kami sebelum dibatalkan di saat-saat akhir.
Selepas Pilihan Raya Umum 2008, tekanan yang Utusan Malaysia terima daripada parti pembangkang amat hebat. Selepas saman dan boikot, pelbagai kecaman dilemparkan kepada akhbar Melayu ini. Mereka ada niat mahu ganyang Utusan Malaysia.
Perjuangan Utusan Malaysia memang berbeza dengan media Melayu lain. Utusan berani melaporkan berita yang boleh dipercayai kebenarannya tanpa rasa gentar dengan ugutan mana-mana pihak demi kebaikan negara.
Berpegang kepada etika kewartawanan, Utusan Malaysia berani mendedahkan kelemahan dan kepincangan golongan tertentu baik di pihak kerajaan ataupun pembangkang.
Baca sepenuhnya sini.
Hidup Utusan!
Hidup Utusan!
Hidup Utusan!


Cuba kalau kalah...memang dikatanya hakim org BN..