Thursday, October 27, 2011

Operator Anwar Dalam Kerajaan : Bersihkan Segera!



Oleh Zaini Hassan

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.

-Utusan

14 comments:

  • arcadia says:
    October 27, 2011 at 9:00:00 AM GMT+8

    chances besar salah sorang ialah si pembawa idea new-politic~

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 9:10:00 AM GMT+8

    mana2 kerajaan pun akan jatuh akibat tindakan para pengkhianat..

  • manBonda says:
    October 27, 2011 at 10:28:00 AM GMT+8

    aku pun rasa tidak mustahil semua tu..sebab Anuar akan melakukan apa saja untuk menjadi PM..semoga Allah melindungi Malaysia dari segala bencana..amin

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 10:52:00 AM GMT+8

    Salam Tuan,

    Saya fikir adalah lebih BAIK kalau tuan membuat laporan POLIS....biarlah pihak berkuasa Polis dgn kepakaran mereka menyiasat segala gejala2 PENGKHIANATAN yg tuan perolehi itu....

    Drpd: JangAnakPakNgahAmat-N9

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 12:07:00 PM GMT+8

    Sebagai kakitangan kerajaan sedia maklum yang kecenderongan beberapa orang kakitangan baik Persekutuan mau pon Negeri kearah pembangkang.. macam mana lah agaknya kakitangan bawahan nak bersuara jika bosnya sendiri memang ahli pembangkang..?

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 12:22:00 PM GMT+8

    ISU INI DAH LAMA DIDEDAHKAN TETAPI MASIH TIADA TINDAKAN...HATI2LAH WAHAI PERDANA MENTERI TERHADAP RAKAN2,KAKITANGAN YANG BERADA DISEKELILING ANDA..

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 3:00:00 PM GMT+8

    Tidak perlu lihat pada agensi yg mungkin agak esklusif tu. Cuba lihat agensi seperti TNB, TM dan Petronas. Kami sebagai kontraktor atau pembekal terpaksa mendengar kritikan terhadap kerajaan oleh mereka yang memegang jawatan penting dlm badan badan tersebut. Tak percaya, pergi sendiri.

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 4:45:00 PM GMT+8

    Saya setuju, memang banyak. Cuba tengok RISDA sebagai contoh: Kenapa begitu banyak projek dan aktiviti pergi ke Kelantan.. SELANGOR JATUH KETANGAN PEMBANGKANG ADALAH KERANA TERLALU RAMAI ORANG KELANTAN CARI MAKAN SAMBIL "BERDAKWAH IDEOLOGI PAS". MEREKA MACAM MAFIA - BERGERAK UNTUK MUSNAH SEGALA-GALA. CERAMAH,KUTIP DERMA,CERAMAH, KUTIP DERMA, CERAMAH,KUTIP DERMA...TABUR FITNAH, MAKI HAMUM 'HARUS TAHAP WAJIB' KERANA NAK GULING KERAJAAN. Siapa le agaknya orang bulan (tong kosong) yang layak jadi PM ...setaraf DS Najib atau Tun Mahathir... mungkin nikaziz kot

  • Anonymous says:
    October 27, 2011 at 9:45:00 PM GMT+8

    Bro
    Saya tak nampak butir2 yg nak disampaikan oleh zaini, dengan apa yg ditulisnya. Umum sangat.

    Kalau setakat umum dan tidak menentu siapa pun boleh mnulis.

  • Anonymous says:
    October 28, 2011 at 12:46:00 AM GMT+8

    Ada pulak mamat kat kedai kopi tu kata one of anwar's officer when he was in the cabinet is now a KSU?.....betul ke niiii....siapa pulak tu?

    Ingat jangan main tuduh-tuduh! Bahaya tau.....tapi kalo setakat syak je boleh ke?

    Don't cross the line, nanti kena fine....hehe!

  • Wake UP! says:
    October 28, 2011 at 1:09:00 AM GMT+8

    Salam Bro. Buang saja semua pengkhianat di dalam UMNO yang telah dikenal pasti termasuk mereka yang gay, terlibat dalam skandal seks dan meruntuhkan kerajaan dari dalam.

  • Anonymous says:
    October 28, 2011 at 2:44:00 AM GMT+8

    harap ada pihak dapat pantau portal pembelit pembangkang dapat disekat dari diakses di syarikat syarikat GLC terutama dah dekat pilihanraya ni

    Jangan terkejut ramai yang buat kerja amal waktu office untuk berkempen bagi pihak pembangkang menggunakan kemudahan yang dksediakan percuma oleh pihak GLC

    UMB buat kerja sikit buat checklist GLC mana yg tak blok lagi

  • praha2 says:
    October 31, 2011 at 10:00:00 AM GMT+8

    eden semaso berkhidmat dongan TUDM pado tahun 60an lagi dah bau perkaro ni berlaku. tapi takdo oran atasan nak ambil tindakan. jadi bilo berhonti eden masuk swata pun ado tapi bolih dibondung. dalam maso diswata eden ado jo berhubung dongan pejabat kerajaan dan disini ternampak jelas apo yang dikato musang berbulu ayam. ramai yang hanyo dikato makan gaji buto jo tapi tak menampilkan "atittude ataupun commitment untuk bertugas sebagai kakitangan kerajaan. politk berlaku dan yang banyakyo menyokong opposition. dan jabatan tu pulo ramai kakitangan datang dari satu satu nogori jo. ini jolas di MITI=semaso Tengku Li montori nyo. jadi kito tanyo lah apo tak ramai penyokong pas dalam kementerian tu? tanyo tanyolah. eden tak salahkan oran kelante. korano eden ramai kawan kawan oran kelante. tapi jolaskan apo yang eden cakap?

  • Anonymous says:
    November 1, 2011 at 11:09:00 AM GMT+8

    Saya setuju 100 peratus. Terdapat pegawai tinggi ditempat saya bekerja (salah sebuah agensi kerajaan) yang terang-terang menyokong aljuburi tanpa rasa segan silu hingga sanggup bermasam muka dengan kakitangan lain jika bertengan dengan fahamannya. Tidak mustahil orang seperti ini menjadi pengkhianat yang sanggup membocorkan maklumat-maklumat penting kerajaan kepada sipembelot itu

fda

Link2Me WeLinkBk (280)